kenapa aku x pernah menangis...???
09:11Orang kata aku adalah antara paling yg tabah pernah mereka kenali..sebab aku x pernah menangis atau merintih tentang masalahku...mungkin ramai yang tak tahu tentang keadaanku sekiranya ustaz muhidar x wat announcement kan?? dan mungkin lebih ramai lagi x tahu yg aku adalah penghidap germ cell tumour stage 3C
THE LETTER |
sejenis penyakit yang jarang sekali terjadi kerana kebiasaanya pesakit merupakan dalam golongan umur yg ekstrem seperti terlalu muda atau terlalu tua...
DI HSI |
DR.BADRUL |
Aku sendiri kagum saat DR.Badrul kata 'maaf tapi kita ada berita buruk...'aku lgsng x menangis saat tu aku cuma mampu diam kelu tgk mak and abah lap air mata diorang...aku tetap x menangis.Kemudian perjalananku berterusan dengan pembedahan yang terpaksa dijalankan di HSI JB...ak terpaksa duduk selama hampir dua minggu dlm keadaan ak jauh dari keluarga dan hidup ak yg normal...x de lagi g sk,mkn kat kantin,gelak2x,dgr miss hoe membebel yang ad cuma hari-hari diam ....tapi mak ak tetap ada kat sisi ak dan abah yg tak pernah mengeluh berulang alik dari muar ke JB...
29 julai 2011
ak x pernah bermimpi ak akan ad parut seperti ini...x pernah terfikir pun ak adalah salah seorang penghidap kanser di negara ni..aku di bawa ke dewan pembedahan pakar yg menjagaku DR.Wan...sebelum masuk nurse suruh cium tangan mak dan abah. ak sedar selepas ini ak hidup x sempurna seperti org biasa dengan hanya sblh ovari sahaja .ak tetap x menangis...
lebih kurang 2 jam ak dibedah...
akhirnya ketumbuhan tu berjaya dikeluarkan...
malam selepas pembedahan aku muntah warna hijau...dengan keadaan wayar di sana sini...kedua-dua belah pinggang ditebuk...aku masih tak boleh bangun...ak tetap x menangis...
Pulang akhirnya....
selepas operation ak pulang ke rumah...mak atuk sambut aku dengan air mata...malam tu ak tidur setelah sekian lamanya dengan nyenyak sekali...
tapi...
ramai x tahu selepas pembedahan
1. aku tak boleh berdiri tegak
2.aku tak boleh makan nasi cuma makanan lembut(bubur)sahaja
3.aku muntah setiap kali makan = berat badan turun mendadak
4.aku tak boleh tidur kerana kesakitan
5.aku x boleh aktif sedikitpun kerana mudah penat
aku tetap x menangis...
segalanya blm berakhir...pembedahan hanya mampu mengeluarkan ketumbuhan di ovari kiri tapi kelenjar pada salur darah utama masih ada...
alternatifnya...CHEMOTERAPHY ,ak masih tetap x menangis...
kenapa?
kerana ak tahu kalau ak menangis mak abah akan jadi lebih risau...ak akan jd penakut.....ak akan kecundang kalau ak menangis...
kerana kawan-kawan ak tetap terima ak...mereka masih boleh ketawa dengan aku...masih boleh mesra dengan aku...malah berkongsi mknn dgn ak...mereka tak pernah tgglkn ak walaupun mereka tahu ak ad kanser dan ak x sesempurna mereka...malah sebelum dibedah mereka kirimkan ak ucpn smgt yg ak jdkn bkln smgtku...
kerana guruku x pernah berhenti SMS akan keadaanku malah esknya bila aku baru pulang dari JB mereka hadir melawatku...
kerana ak sendiri menyeka air mataku...x akan ak biar setitis pun jatuh ke bumi kerana penyakit ini kerana ak tahu ALLAH memilihku pasti bersebab dan pasti kerana dia tahu ak mampu dan sedang berbicara dgnku tntg sabar...jika ak menangis ak x layak menerima dugaan ini dan x layak d' berikan setiap pahala setiap kali ak kesakitan dan setiap saat ak pertahankan erti sebuah kesabaran
kerana ak ad DIA...tuhan yg sayang aku& tahu ini yg terbaik untukku....
dan kerana setiap kali air mata ini x tertahan...ak akan luahkan dlm sujudku antara ak & DIA
maka
AKU MASIH X MENANGIS
Sekarang sudah hampir 3 bulan....walaupun ya aku masih ad 1 cycle more of chemoteraphy...aku masih teguh disini...Alhamdulillah terima kasih ya Allah kau ciptakan aku setabah-tabah Najiha dan diciptakan disampingku Mak & Abah terbaik di dunia serta rakan-rakan solehah yg x pernah mengeluh mgmplkn kerja rumahku,x pernah penat bertanya khabar & sentiasa kekal bersahabat dengan diri ini tanpa menilai fizikalku...terima kasih ya ALLAH
0 comments