Salam...
entry ini ditulis pada saat aku sedang 'ponteng' sekolah.Bukan apew badan terasa sangat lemah selepas habis day1,day2,day3 of 4th cycle chemoteraphy.
ya,cycle ke-4.dan aku harap yang terakhir.Semasa aku dikhabarkan perlu melanjutkan chemo ini untuk satu kali lagi cycle aku sempat hampir-hampir putus asa.Aku sempat untuk memberontak tak mahu lagi buat chemo kerana bagaimana peritnya,payahnya pedihnya di chemo aku saje yang tanggung.Aku doa hari-hari aku tak perlu chemo lagi tapi entah macammana aku gagahi jugak untuk kali yang terakhir nie...mungkin untuk mak dan abah.Aku cuma berharap hasilnya akan jadi baik dan aku tak perlu melalui saat-saat begini untuk kesekian kalinya.
aku x jangka perkataa kanser,tumor,chemo tu akn jadi sinonim dengan aku...aku tak pernah mimpi aku adalah salah seorang pesakit kanser di negara ni.Tapi orang kata tuhan tak akan uji umatnya lebih dari kemampuannya....jadi aku sentiasa kuatkan semangat dengan kata 'aku kuat''aku kuat'
walaupun ye kadang-kadang semangat ni luntur aku berjaya kumpul semula.Semuanya untuk diri aku jugak...untuk family...untuk kawan2x
bila aku jumpa sesiapa mereka kan kata aku nampak normal je macam takde ape-ape yang berlaku.Hehehe sebenarnya itu adalah salah satu faktor yang buat aku lebih kuat walaupun hakikatnya bukan aku tak menangis bila diuji,bukannya aku tak mengeluh,bukan juga aku terlalu tabah menghadapi ujian tapi kerana ujian nie terlalu pedih untuk aku tuturkan dalam perkataan...terlalu perit...dan aku seorang pelakon hebat yang mampu bersembunyi sebalik kesakitan
tapi aku jugak bangga sebenarnya.Aku mungkin insan terpilih...chewah! mungkin ada sesuatu menuggu aku di depan.siapa tahu?jadi aku masih menunggu hari itu tiba.hari aku akan diisytiharkan Cancer free...
oh ya! ujian darah terakhir...semuanya sudah kembali normal.cell cancer memberi respon yang amat baik dengan chemo..even doktor pon terkejut darah aku begitu cepat memberi respon.alhamdulillah hari itu hampir tiba!!!
doakan aku : D

gadis ini ingin tersenyum lagi... |