Chemotheraphy...

18:42

Hey!
hari ni 'ponteng' lagi...baru lepas day 8 of 4th cycle chemo semalam jadi pantang larangnya tak boleh pergi ke tempat yang ramai orang takut terkena jangkitan kuman yelah tahap imunisasi aku sekarang berada di tahap yang amat rendah just because of the chemo drugs ( Cisplatinum,Bliomycin,Etoposide)

ya banyak ksan sebenarnya bila kita terpaksa menjalani chemotheraphy ni.kalau dulu orang dengar je chemotheraphy mesti takut sebab terbayang mesin besar-besar opss!! salah itu radiotheraphy ye jangan confiuse

chemotheraphy merupakan salah satu cara untuk membunuh cancerous cell yang tak dapat disingkirkan melalui pembedahan...
untuk pengetahuan cycle ke-4 nie adalah cycle of chemo terakhir aku.Walaupun aku masih perlu melalui day 15 of the cycle lagi minggu depan tapi sekurang-kurangnya aku bakal mengakhiri ujian yang Allah bagi  ni dan mula menumpukan untuk perkara lain yang sepatutnya kau yang normal buat lama dulu.

KESAN CHEMO KEPADAKU

1.Mungkin ramai dah tahu bila chemo risiko untuk RAMBUT GUGUR adalah tinggi.Dan jawapan aku juga adalah ya.Rambut aku telah gugur ...sedih.Tapi sebenarnya aku agak terharu jugak kerana semua orang sekeliling aku dapat terima keadaan aku ni especially my family dan kawan-kawan aku.Aku pernah tanya diorang macammana kalau rambut aku gugur dan kebanyakan diorang kata its okay whats wrong with it? Hair will grow back dude don't worry....dan sejujurnya kau dah kembali ada rambut sekarang walaupun masih tercacak-cacak macam baby.Yang paling aku teringat masa aku botak nie ada kata-kata kawan-kawan aku yang begitu memberi aku semangat untuk menerima perubahan ketara nie

Athirah (the girl who always ask how am I)
satu hari aku chat ngan die kat FB...
Jea: Tira rambut aku dah gugur la ...dah nampak kulit kepala

Tira: tak pe lah botak...macam britney spears ape?

(A confidential conversasition between uyul pana and jea)
Jea: kalau aku botak korang nak kawan dengan aku tak?
Pana:Aku tak kawan dengan kau sebab kau ade rambut.Asalkan kau tetap jadi jea yang aku kenal selagi tu lah kau jadi kawan aku selamanya...: D


2.KULIT TERBAKAR(dermatograph) . ini merupakan salah satu kesan yang terpaksa aku alami.Kesan ini disebabkan oleh salah satu ubat dalam chemo ku.Pertama sekali kulit akn jadi pedih-pedih dan kemudian jadi merah dan terus jadi hitam macam terbakar.Kesan nie ade sekitar abdomen,tangan,belakang dan peha.Kuku aku juga mula jadi kehitam-hitaman.
(The weird things is doctor said: kalau kesan chemo kenapa corak die pelik sangat macam di cakar ??? well aku pun tak tahu nak cakap)


3)SAKITNYA DICUCUK! uantuk pengetahuan setiap kali chemo aku perlu di masukkan ke wad sehari lebih awal tujuannya darah aku perlu diambil untuk ujian.Setiap kali itulah aku akan dicucuk, walaupun dah selalu dan aku seakan-akan dah lali dengan suntikan tapi sakit tu tipu kalau tak rasa.Lebih-lebih lagi sekarang bila sudah selalu sangat di chemo dan disuntik urat akan jadi keras dan darah tak mengalir.jadi demi mendapatkan salur darah yang sesuai aku akan disuntik berkali-kali.Kalau tangan kanan tak ada beralih ke tangan kiri pula dan terus begitu...sampai dapat.Pernah sekali sampai 6 kali cucuk pun tak dapat-dapat.
kesan suntikan


4) MUNTAH DAN HILANG SELERA MAKAN...aku suka makan.tapi bila chemo selera tu terus hilang.walaupun aku makan tapi nanti akn keluar balik.Aku akn rasa loya sepanjang masa.kadang-kadang muntah tu sangat teruk sampai bila malam aku tak boleh tidur...

5)CEPAT LETIH.aku sangat letih sekarang.Mudah sangat letih.Aktif sikit je nanti mulalah macam nak tumbang.

6)IMUNISASI LEMAH.Chemo drugs akan menyerang sel-sel yang cepat membiak.Contoh antibody kita, ya sebab itulah imunisasi aku lemah.Kalau nak diikutkan aku tak digalakkan pergi ke tempat yang ramai orang takut nanti akn terkena jangkitan kuman dan mendorong kepada masalah yang lebih serius...

7) ape lagi ye? entahlah dari segi mental mungkin tergangngu sedikit.STRESS...bila aku nak sembuh?? entahlah ape yang aku tahu aku kena bertahan selama mungkin.Terima kasih kat family and kawan2x aku tanpa diorang mungkin aku tak boleh tersenyum sekarang ni. TQ!

Akhir kata jangan gerun bila dengar chemotheraphy...bila jumpa mereka yang terpaksa melalui rawatan ni cuba bagi mereka semangat sebab dengan kata-kata semangat tu lah kami pesakit-pesakit nie kan jadi sihat semula.Jadi lebih semangat nak abiskan cycle chemo.....kepada yang mungkin senasib dengan aku jadikan ujian nie sebagai permulaan sesuatu yang lebih gah dalam hidup anda...insyaallah ini bukan pengakhiran.Seperti biasa doakan aku ye!

You Might Also Like

1 comments

  1. Next week 1st cycle... wish me luck n get well soon fren...��������

    ReplyDelete

Like us on Facebook