KUPON

20:23

Assalammualaikum...

Untuk pengetahuan korang. UiTM menyediakan kolej yang agak terhad. Terutama bagi pelajar degree. Kebiasaannya kenalh menyewa keluar which is kena pakai banyak kos. Ada satu cara macammana nak secure dapat kolej ni. iaitu dengan mengumpul seberapa banyak kupon aktiviti ataupaun terlibat dalam organisasi dalaman UiTM macam MPP ke, JPK ke SMF ke...asalkan nampaklah sumbangan korang pada kolej. barulah layak nak menduduki kolej ni.

Kupon aktiviti dekat sini sangatlah berharga. kalau nampak duit singgit kat jalan masih boleh control lagi nafsu tu tapi kalau nampak kupon tercicir...rasa gatal je nak ambik...nampak tak betapa kupon aktiviti tu memainkan peranan yang sangat penting. kalau certain event tak sediakan kupon jangan harap sambutan menggalakkan. Tapi kalau ada kupon...satu kolej semua nak join.

dan kerana kupon nilah, semalam aku hampir bergusti di khalayak ramai.

dah jadi satu kemestian untuk Phytas anjurkan aktiviti aerobik setiap hari rabu. petang dalam pukol lima tu ramai yang turun untuk sertai aktiviti ni. Bagus ramai yang join. tapi yang tak bagusnya lepas aerobik semua berlumba-lumba tolak menolak demi kupon aktiviti. Aku dengan kawan aku iqa of course la join sekali sebab kitorang pon kena kumpul kupon.

Tapi lain pulak ceritanya kali ni...macam cerita perang. haha

Semua perempuan tu tolak menolak...berebut-rebut nak kupon. Terkejut giler...ni perempuan ke, ahli gusti?
Iqa dah almost give up dah...tapi aku still nak try
Aku dengan semangat waja... " Boleh iqa! boleh ! "...dah macam drama

Beberapa minit lepastu...mungkin iqa dah tak tahan tengok aku...dia jerit kuat-kuat!

" JEA TAK PAYAH!!!! NI SEMUA POMPUAN GILER!!! "





akhirnya...


Iqa: "Animal planet.."

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook