Dari Jasmine ke Rafflesia
08:01Assalammualikum...
Alhamdulillah dah seminggu lebih aku kat sini, esok mulalah kuliah aku yang pertama. Dalam seminggu ni macam-macam benda berlaku dan pengalaman tu buat aku semakin berani dan matang dalam mengharungi hidup yang lebih tough selepas ini...Tough ke?
of course la tough...hidup dekat universiti ni lain sikit dengan sekolah dik, peduli korang lah nak buat apepun kat sini bukan ade lecture nak tegur korang hari-hari macam cikgu korang kat sekolah....and lagi satu korang kene push diri korang sendiri untuk menonjol dengan pelajar lain.
ape aku membebel tak tentu pasal ni eak?
okaylah meh aku cerita setakat pengalaman aku awal-awal kat sini supaya bagi budak yang bakal masuk U lepas ni okay?
Sebelum korang menonong je nak masuk kuliah korang perlu lalui dulu minggu MDS ni okay. MDS ni macam minggu orientasi la senang cakap. Aku kira beruntunglah sebab MDS diasingkan dengan budak ASASI. MDS diploma dekat UiTM Puncak Perdana and ASASI kat UiTM Puncak Alam. MDS ni wajib okay uolls, tak boleh sesuka hati je nak skip melainkan ade special case.
Best ke MDS ni?
Ape punya bijak soalan korang ni...best sangat beb! tapi budak diploma la sebab pelajar just 300 lebih je berbanding ASASI 3000 lebih. Hambik kau!
MDS ni akan dibimbing oleh MPP(Majlis Perwakilan Pelajar) dan PM(Pemimpin Mahasiswa)...Ape kebenda MPP and PM tu? Tak pe korang ta tahu buat-buat je la tahu ye..
Yang penting abang-abang and akak-akak PM memang happening giler la. Diorang terdiri daripada pelajar senior dan kebanyakan akan grad tak lama lagi. So banyak la petua diorang bley share ngan korang...Feel free nak tanya atau mintak tolong sebab diorang sedia ada untuk korang.
Roomate aku cun kan? yang penting ni hak milik captain kay! |
Mereka-mereka yang baru dan lama tapi masih kamcing...tulah persahabatan namanya |
x de keje, aku edit la gambar...ni pakaian masa penutupan MDS semua wajib pakai camni |
Aktiviti MDS ni, tak banyak aku bley cerite yang penting havoc and happening dalam masa yang sama menginsafkan...isk!isk!isk! (tambah mengantuk...dan busuk sebab korang biasanya tak sempat mandi seminggu .Padan muka muahahaha!!)
0 comments