Apa kejadahnya ambik diploma??
09:18
Assalammualaikum...
Mesti adik-adik junior aku sekarang dah pasang angan-angan nak masuk matrix or at least ambik foundation kan? yelah masing-masing budak pandai apa kejadahnya ambik diploma.
Seriously, masa aku dapat tawaran diploma fisioterapi ni, aku rasa sedih sebab selama ni aku banyak disogokkan dengan cerita-cerita "Apa kelas ambik diploma" . Aku macam separuh akal jugaklah memikirkan mana satu nak hambik, matrix or diploma??
Mesti ada yang kata,mestilah kene hambik matrix boleh terus ke degree, jimat masa, jimat duit, apa kejadahnya ambik diploma?? Rugilah nanti...
Tambah pulak, Miss Hoe sungguh-sungguh suruh aku hambik matrix and ramai yang datang jumpa aku bagi pendapat diorang, biasalah manusia kalau bagi pendapat memang macam kene ikut cakap diorang je, tak peduli pon apa akan terjadi selepas tu...4 flat ke atau failed. Pedulik hape kan? janji kau mesti ikot cakap aku.
Bila aku choose untuk diploma instead of matrix orang mula senyum sinis kat aku.
"Diploma je?" sedap je cakap depan mata aku . Bila kat PALAM pulak, rasa kecik sangat bila bertembung budak ASASI. Diorang mesti tanya
"ASASI ea?"
"Eh, taklah diploma je..."
"Oh..."(pandang tempat lain)
Aku tahulah kau bakal "doktor" kan?
Apalah sangat ambik diploma ni, tak layak nak bercakap pon dengan budak pandai macam kau.
Then kenapa aku choose diploma? Apa kejadahnya ambik diploma??
Aku tak naklah buat statement sebab-sebab aku ambik diploma nanti orang kata aku provoke suruh ambik diploma pulak nanti "rugi" pulak kan?
Lagipun budak-budak lepasan SPM mesti akan search google untuk cari tips sama ada nak apply diploma, foundation atau matrik.
Tapi...
Aku nak bagi 3 point je kat sini tentang apa kejadahnya aku ambik diploma fisioterapi ni. Korang pandai-pandailah nak fikir.
1. Ilmu bukan pada durasi
2. Rezeki bukan pada level pembelajaran korang
3. Aku ikhlas belajar kerana Allah
Apa-apa pon kalau korang faham ke tidak, tu nasib koranglah yang penting aku dah selamat belajar dan semakin mencintai kerjaya ni. Doakan aku dapat jadi yang terbaik setelah aku letakkan 150% keyakinan pada pilihan hidup aku berkat tawakal pada yang Satu.
1 comments
Salam. Sori ganggu. Saya nk tanya akak kalau ambik diploma fisio boleh sambung degree apa? Mcm best je fisio. Lagi satu, akak tau tk beza bidang sains kesihatan dgn bidang sains tulen? Saya budak lepasan spm 2013. Saya pening nk isi borg upu. Target saya nk jd doktor tp tk brapa nk tau bidang apa yg boleh saya ambik. Harap akak boleh tolong saya. =)
ReplyDelete