Sum up along my hiatus in blogging

20:03

Assalammualaikum

Dah lama nak mati tak update blog malam ni rasa nak update pulak sebab akhirnya aku dapat guna wifi kolej kat laptop walaupun siput biasalah tu bukan aku sorang je yang duduk kat bangunan ni ye dok?

Alhamdulillah walaupun da lama tak update tapi kalau nak diringkaskan semuanya aku telah berjaya menamatkan diploma fisioterapi selama 3 tahun di uitm puncak alam mac yang lalu.
Sekarang aku sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam course yang sama, fisioterapi. Oleh kerana aku berjaya dalam program penerapan dari diploma ke degree sekarang aku berada di semester 3 dan memperoleh pengecualian kredit, jadi secara automatik tempoh pengajian dari 4 tahun disingkatkan menjadi 3 tahun. Dijangka tamat pada 2019 jika ade rezeki inshaAllah.

walaupun bersyukur dan happy, ade juga rasa terkilan sebab geng masuk air aku semua dapat course health admin, business management. Tapi rezeki tu dah tertulis nak buat macam mana kan? nasib baik diorang masih di kolej yang sama sekali sekali aku lepak jugak kat bilik diorang boleh jugak jumpa boleh jugak hangout tapi dah susah la sebab jadual lain, asyik kene reject je kalau aku ajak keluar. pffft!

ni je yang dapat further degree out of 55


Tu je nak update, baru settle tukar template blog. lagipun tu je yang terjadi hahaha...tak menarik pon. Sampai aku ada mood nak update lagi. bye!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook